Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, iaitu Waleed Abdullah mendedahkan pemain legenda Portugal itu berminat dengan agama Islam dan tidak menolak kemungkinan akan memeluk agama Islam.
Waleed yang bermain dengan Ronaldo di Al Nassr sebelum ini memberitahu perkara itu di dalam satu wawancara tv secara langsung.
Bercakap sebagai tetamu di rancangan TV Arab, Al-Hissa Al-Akhira, Waleed Abdullah, yang bermain untuk Kelab Bola Sepak Al Nassr antara 2017 dan 2024, berkata Ronaldo menyatakan rasa hormat yang mendalam terhadap Islam menerusi pelbagai cara, termasuk menunjukkan rasa ingin tahu dan keterbukaannya terhadap agama Islam.
“Ronaldo benar-benar mahu memeluk Islam. Saya bercakap dengannya mengenainya, dan dia menyatakan minatnya,” kata Waleed, menurut Morocco World News.
Waleed Abdullah seterusnya berkata: “Saya bercakap dengannya tentang Islam. Dia belajar tentang solat dan meminta penjelasan beberapa perkara.
“Dia malah menggalakkan pemain pemain beragama Islam untuk pergi solat apabila tiba waku.
“Kadangkala dia meminta jurulatih untuk menghentikan latihan semasa azan berkumandang.
Waleed was sweating when he met Cristiano Ronaldo for the first time ever. 🥵
Cristiano Ronaldo made sure to inform him that this didn't escape his attention 🤣 pic.twitter.com/RiiZrsU1xT
— TCR. (@TeamCRonaldo) September 25, 2023
“Dia sudah sujud di atas padang selepas menjaringkan gol, dan dia sentiasa menggalakkan pemain untuk berdoa dan mengikuti amalan agama Islam”, tambah Waleed lagi.
Waleed menjelaskan Ronaldo sentiasa mengingatkan rakan rakannya yang beragama Islam agar memastikan diri mereka menguruskan masa dengan sebaiknya agar sentiasa ada ruang untuk bersolat.
Akhir sekali Waleed Abdullah selalu berdoa: “Semoga Allah membimbing Ronaldo ke jalan yang benar,”
Saudi Goalkeeper Waleed Abdullah Reveals Surprising Insights on Cristiano Ronaldo’s Potential Conversion to Islam.#CristianoRonaldo #PakAffairs pic.twitter.com/UjQ4xeDEhI
— Pak Affairs (@realpakaffairs) December 4, 2024
Dalam catatan media sosial beberapa tahun lalu, bekas pemain bola sepak Turki-Jerman Mesut Ozil didakwa berkata bahawa Ronaldo pernah mengingatkannya untuk menyebut ‘Bismillah’ sekiranya dia terlupa berbuat demikian.
@javisaliradja When Cristiano Ronaldo saying “Bismillah” before he takes the penalty🥹 My goat 🐐i love you 🖤 #fyp #cristianoronaldo #alnassr #lewatberandamu
Ozil malah mendedahkan Ronaldo selalu bertanya kepadanya tentang banyak perkara tentang Islam.
Ronaldo adalah tokoh dan legenda yang ikonik dalam bola sepak Eropah dan dunia. Dia telah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid dan Manchester United.
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu turut menjulang trofi Kejohanan Eropah pertama pasukan kebangsaan Portugal pada 2016.
Dia menyertai Al Nassr selepas kontraknya di United ditamatkan atas persetujuan bersama berikutan kritikan kerasnya terhadap Erik Ten Hag dan kelab itu.