Sebelum ini, viral isu apabila suami kepada Datuk Seri Vida mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya. Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd Amin Yassin.

Menurut laporan, Cik B dan Kacak diarahkan oleh mahkamah untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus. Walaupun menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada, Mohd Amin akan tetap sabar menunggu kedua anaknya itu untuk kembali ke pangkuannya.

Malah, Mohd Amin memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan serta berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dan harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans. Datuk Seri Vida pula berjaya menarik nafas lega akan keputusan mahkamah dan tidak pernah menghalang anaknya berhubung bersama bekas suami.

Apabila Cik B dan Kacak sudah bersedia, maka bolehlah mereka menghubungi ayahnya menerusi telefon. Untuk pengetahuan anda, Mohd Amin dan Datuk Seri Vida Vida berkahwin pada 2000, namun bercerai lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Akan tetapi, dua orang lagi anak lelaki mereka iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ajar Maksud Kura-Kura Pun Rumit’- Video Rakyat Malaysia Bersama Isteri Minah Salih Buat Netizen Terhibur

Masih Remaja Dan Bersekolah, Perkahwinan Pasangan Di Kelantan Ini Curi Perhatian Netizen

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen

Sumber