Sebelum ini, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B berjaya membuat orang ramai tergamam dengan outfit of the day yang bernilai lebih RM100,000.
Menerusi sebuah video TikTok, Cik B dilihat berkongsi harga pakaian dan aksesori mewah yang dipakainya ketika dia menghadiri satu acara.
Baca Juga:
- Imej Macam Lelaki Dan Kening Cantas, Penampilan Cik B Undang Kritikan Netizen
- ‘Cincin Sahaja Harga RM13,500’ – Netizen Tergamam Cik B Belanja ‘OOTD’ Berharga RM118,000
- Cik B ‘Nailed It’, Tampil Dengan Gaya Anggun Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona
@sneakerlah Sama ke muka dorang? Adik beradik ke ni? 😭😭 #sneakerlah #SneakerLAH2023 #streetwear #fyp #outfit
Cik B memberitahu bahawa topi dan beg berjenama Louis Vuitton dipakainya bernilai RM12,000, manakala cermin mata Porsche pula berharga RM2,500.
Walau bagaimanapun, Cik B tidak memberitahu harga jam tangannya dan hal itu telah meraih perhatian netizen. Hasil semakan netizen, harga jam tangan yang dipakainya berharga sekitar RM400,000.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga jam tersebut dan mengatakan bahawa tidak mustahil Cik B boleh menggayakan jam mewah itu kerana ibunya mampu untuk membelikannya.
Malah, ada juga netizen bergurau menganggap Cik B ‘banglo bergerak’ kerana seluruh pakaian dan aksesorinya itu sudah cecah lebih RM400,000.