Dato Vida memang cukup terkenal dengan penampilan ‘glamorous‘ mencuri tumpuan ramai.

Penampilannya itu turut ‘menurun’ kepada anaknya, Cik B yang sentiasa nampak bergaya dan pernah membelanjakan lebih RM1 juta dalam masa sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini Cik B mencuri tumpuan ramai apabila dikelilingi sekumpulan bodyguard semasa keluar ke pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

@cikb_havoc

#CapCut i have a bodyguards but now need a lover😜 #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Dalam video yang dimuat naik pada TikTok @cikb_havoc, netizen membuat kiraan — terdapat hampir 10 orang pengawal peribadi mengelilingi bahagian depan dan belakang Cik B.

Salah seorangnya ditugaskan untuk membawa beg tangan dan barangan milik anak pengasas produk kosmetik Qu Puteh itu.

Ternyata hantaran video itu menarik perhatian warganet. Ramai terkesima melihat penampilannya itu.

“Ada gaya macam orang Korea. Gaya ‘big boss‘ macam Kim Jong Un.

“Bergaya macam Kenya West pun ya juga,” tulis komen netizen.

Sumber Gambar: IG @cikb_havoc66
Sumber Gambar: TikTok @cikb_havoc

Walaupun ada yang kurang bersetuju Cik B mempunyai bodyguard seramai itu, namun netizen berpendapat itu salah ‘satu cara’ Cik B berkongsi rezeki peluang pekerjaan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Dato Vida memuji anaknya dengan menyatakan Cik B sebagai seorang anak mama yang hebat.

Jutawan itu juga memuji resipi salmon skin yang Cik B jual memang sedap dan terbaik.

Sumber Gambar: TikTok @cikb_havoc

Terdahulu, netizen turut tergamam apabila mendapat tahu satu outfit yang dipakai Cik B ketika menghadiri satu acara bernilai mencecah setengah juta ringgit.