Seorang wanita yang mendakwa dia adalah bekas teman wanita kepada pempengaruh konten Islamik, ‘tebuk Quran’ menyatakan bahawa dia masih menjaga aib bekas teman lelakinya itu.

Wanita bernama Nur Atyka buat masa ini enggan bercakap tentang tuduhan terbaru melibatkan bekas teman lelakinya. itu di mana dia didakwa telah menunjukkan kemaluannya kepada wanita lain.

Pihak pempengaruh tersebut sudah menafikan bahawa dia terlibat dalam jenayah gangguan seksual itu.

Ketika berita itu sedang hangat, muncul pula Atyka yang membuat pendedahan bahawa ibu kepada bekas teman lelakinya itu mengutuk wajahnya sebagai tidak cantik dan hanya bergantung kepada mekap semata mata.

Itu yang menyebabkan hubungan mereka tidak dapat diteruskan walaupun sudah merancang untuk bertunang. Dan ianya tiada kaitan dengan kes yang dikaitkan dengan lelaki tersebut.

Tindakan Atyka memuat naik bukti tangkap layar perbualan dan juga bukti mereka merancang untuk bertunang.

Bekas Teman Wanita Masih Jaga Aib Pempengaruh Konten Islamik

Atyka hanya mahu bersemuka dengan bekas teman lelakinya itu selepas kemelut yang melanda hubungan mereka.

Atyka berkata: “Untuk saya yang mengenali dia perkara itu betul atau tidak, biarlah rahsia. Saya hanya beritahu yang mana perempuan-perempuan tunjuk itu, itulah dia.

“Saya masih lagi menjaga aib dia, walaupun saya post benda tu.”

Atyka mempertahankan tindakannya menggunakan media sosial untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebalik hubungan mereka. Dia terpaksa melakukannya kerana dah tak ada cara lain.

Atyka berkata: “Perasaan saya tak adalah saya rasa bangga ataupun puas hati dengan apa yang saya dah buat ni. Sebab saya pun dah berhenti post apa-apa pasal dia.

“Jadi saya nak selesaikan dengan cara berjumpa. Kalau berjumpa reaksi dia baik, kita akan selesaikan cara baik, kalau cara di kasar, saya pun akan kasar.”

Sumber