Bekas ketua jurulatih skuad B-23 Tahun Vietnam, Hoang Anh Tuan menganggap kualiti pemain warisan Malaysia sebagai biasa-biasa saja.

Malaysia menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini sekaligus menamatkan badi selama 11 tahun.

Baca Juga:

Dalam aksi tersebut, ketua jurulatih iaitu Peter Cklamovski menurunkan lima pemain warisan Malaysia, empat dalam kesebelasan utama dan seorang sebagai pemain gantian.

Pemain Warisan Malaysia
Kredit Foto: Malaysia NT

Anh Tuan  Anggap Pemain Warisan Malaysia Biasa

Anh Tuan menganggap pemain warisan negara tidak setaraf dengan pemain berkelas dunia

“Kita harus akui bahawa pemain warisan Malaysia tidak setaraf dengan pemain bintang dunia.

“Mereka bukan jenis yang bole bermain dengan baik walau dimana mereka berada. Mereka perlu waktu untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Pemain Warisan Malaysia
FOTO: Malaysia NT

Sebelum ini, Media Indonesia menggariskan perbezaan antara pemain warisan Malaysia dan pemain yang membarisi skuad Garuda.

“Berbanding dengan naturalisasi Indonesia, pendekatan Malaysia agak berbeza.

Pemain Warisan Malaysia
Rodrigo Holgado. Kredit Foto: Malaysia NT

“Pada peringkat awal, pemain Indonesia tidak begitu bagus dan prestasi mereka kurang memberangsangkan.

“Bagaimanapun, Malaysia membawa masuk ramai pemain berkualiti sekaligus.

“Pemain Malaysia juga semuanya kelihatan seperti ‘pelancong’ berambut perang dengan badan tinggi dan berotot,” tulis media tersebut.