Bekas penyanyi kumpulan popular Indonesia, Nidji, Giring Ganesha diumumkan sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Giring akan berkhidmat bersama Fadli Zon yang diumum sebagai Menteri Kebudayaan.
Baca Juga:
- Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Pemuda Dan OIahraga Indonesia
- Gegaran Ipoh Tiada Kena Mengena Gempa Bumi Indonesia, Letupan Kuari & Latihan Polis
- Anwar Ibrahim Disanjung, Dapat Tepukan Gemuruh Ketika Lantikan Presiden Baharu Indonesia
“Tak terhitung banyaknya keberkahan yang telah menghiasi perjalanan hidup ini. Setiap langkah terasa lebih ringan berkat cinta dan doa yang tak pernah putus daripada isteri, ibu, mama dan keluarga besar aku.
“Bersyukur atas setiap detik yang telah dilalui, setiap tantangan yang menjadikan diri ini lebih kuat, dan setiap kasih sayang yang senantiasa menyertai. Terima kasih untuk cinta dan doa yang selalu menguatkan. Bismillah,” petik hantaran Instagram Giring.
Dalam pada itu, legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat pula menggalas tanggungjawab lebih besar selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga (KEMENPORA) negara republik tersebut.
Taufik akan membantu menteri penuh iaitu Dito Ariotedjo yang terus dikekalkan dalam kabinet Presiden Prabowo Subianto ini.