Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 kini, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Perkembangan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam pembentangan belanjawan 2025 di Parlimen hari ini.

Baca Juga:

Beliau berkata kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

“Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

“Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290 ), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, hari ini.