Beberapa hari ini tular satu kenyataan daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap isu monopoli penjualan air mineral di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di seluruh lebuh raya negara.
Menurutnya, hasil pemeriksaan dan maklumat yang diperoleh mendapati bahawa di kebanyakan R&R di seluruh Malaysia, terdapat hanya dua jenama air mineral tertentu sahaja sekali gus mengehadkan pilihan pengguna.
Tertarik dengan isu berkenaan, kami pergi membuat tinjauan mengejut di salah satu R&R PLUS iaitu di Serdang. Tidak seperti yang didakwa, jenama air mineral lain turut dijual di sana.
Antara jenama air mineral yang ada ialah Cactus, Spritzer, F&N Ice Mountain, AQUA Spring dan SeaMaster.




Jadi, pengguna PLUS sebenarnya mempunyai pilihan jenama air mineral yang pelbagai di sini dan tidak terhad kepada dua jenama tertentu sahaja.
Kenyataan yang dibuat pihak PPIM ternyata tidak tepat dan memberi persepsi tidak baik kepada PLUS.
Yang pasti, tidak ada jenama yang memonopoli R&R dan semua jenama diberi peluang yang sama untuk memasarkan produk mereka.