Benjamin Mendy tampil mempertahankan tindakannya selepas menjual pingat juara Piala Dunia 2018 miliknya dalam satu acara lelongan.

Benjamin Mendy telah berjatya melelong pingat juara Piala Dunia 2018 miliknya pada harga sekitar £46,000 (kira-kira RM264,000).

Pingat tersebut diterimanya selepas membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia.

Bagaimanapun, pingat itu dilaporkan mempunyai sedikit retakan pada bahagian bawah serta kesan kecil kerana digunakan sebelum ini.

Ia juga memaparkan ukiran khas sebagai memperingati kejayaan Les Bleus menjulang trofi Piala Dunia

Segelintir netizen mencemuh dan mengutuk tindakannya itu yang dianggap tidak masuk akal dan tidak menghargai sebutir pingat emas Piala Dunia miliknya.

Bekas pemain Manchester City itu menegaskan trofi tersebut adalah hak miliknya dan dia bebas menentukan apa yang mahu dilakukan.

Mendy kemudian membidas balik: “Itu Piala Dunia saya dan saya yang berhak ke atasnya.

“Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu dengannya,” kata Mendy sebagai menjawab kritikan yang diterimanya.

Mendy turut menjelaskan keputusan itu dibuat kerana dia memerlukan wang selepas berdepan kemelut kewangan sejak beberapa tahun lalu.

Dia pernah digantung oleh Manchester City susulan pertuduhan r*gol dan serangan seksual sebelum akhirnya dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh mahkamah.

Walaupun dibebaskan, Mendy mendakwa dia kehilangan hampir keseluruhan kekayaannya kerana kos guaman yang tinggi serta tidak menerima gaji ketika digantung.

Dia sebelum ini turut memenangi tuntutan terhadap Manchester City berhubung tunggakan gaji yang tidak dibayar sepanjang tempoh penggantungan.

Namun Mendy masih memerlukan sedikit wang tambahan untuk membayar hutangnya.