Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Itu perumpamaan yang tepat bagi bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal yang ketika ini beraksi dalam temasya UEFA Euro 2024 di Jerman.
Seperti yang diketahui umum, Yamal berusia 16 tahun dan beliau masih bersekolah ketika temasya sedang berlangsung dan layaknya seorang pemain profesional, anak muda ini tidak mahu meninggalkan persekolahan semata-mata demi bola sepak.
Baca Juga:
- Euro 2024: Ronaldo Sanggup Redah Pokok Demi Layan Peminat Berselfie
- Euro 2024: Penyokong England Tertidur Dan Menyedari Stadium Sudah Kosong
- Euro 2024: Penyokong Jerman Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Pemain
Jika di Malaysia, mereka yang berumur 16 tahun adalah merupakan pelajar Tingkatan 4 yang bersekolah di Sekolah Menengah.
Menurut gambar yang tular di laman media sosial, Yamal dilihat sedang fokus menyiapkan kerja sekolah di bilik hotel di mana pasukan kebangsaan Sepanyol menginap.
Perkara ini lantas mendapat pujian dari peminat bola sepak tanah air dimana Yamal mampu untuk membahagikan masa antara tugasan bersama skuad kebangsaan sambil memastikan beliau mempunyai masa depan yang cerah dengan menitip beratkan pelajaran.
Ketika diturunkan menentang Croatia dalam aksi pertama kumpulan B, Lamine Yamal mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain termuda yang beraksi di kejohanan UEFA Euro.
Pemegang rekod sebelum ini ialah Kacper Kozlowski dari Poland, yang berusia 17 tahun dan 246 hari ketika menentang Sepanyol pada kejohanan Euro 2020.
Pemain England, Jude Bellingham secara ringkas mempunyai rekod berusia 17 tahun dan 349 hari ketika menentang Croatia di Euro 2020, sebelum Kozlowski, yang kini pemain Brighton, memecahkannya enam hari kemudian.
Setakat ini, beliau telah menjalani penampilan ke-8 untuk skuad kebangsaan Sepanyol, walaupun baru berusia 16 tahun dan 338 hari.
Beliau sudah bermain sebanyak 51 kali untuk Barcelona, ​​menjaringkan tujuh gol, selepas menjadi pemain termuda yang diturunkan pada usia 15 tahun pada April 2023.
Selain itu, beliau turut menjadi penjaring gol La Liga termuda dan pemain termuda yang memulakan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah selain pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Sepanyol.