Sebelum ini pernah tular gaji rider yang lumayan tetapi tidak ramai tahu akan risiko yang dihadapi oleh para rider seperti kemalangan, ditipu, dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang merupakan pembuat dan penjual kek telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kek pelanggannya yang dihantar oleh rider telah hancur. Malah, penjual kek itu juga berasa berang dan mendakwa rider itu mengatakan keknya murah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/santeira/status/1570189381566341120

Menerusi perkongsian tersebut, penjual kek itu telah meminta rider itu untuk ganti rugi kerugian yang dialaminya dengan membayar RM113 kepadanya tetapi tidak puas hati apabila wang dibayar kurang RM3.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan penjual kek terbabit yang dianggap tidak wajar kerana meminta rider itu untuk membayar ganti rugi kerosakan kek pelanggannya.

Malah, para netizen mengecam penjual kek itu yang dilihat ‘salah faham’ dengan kata-kata rider tersebut apabila rider itu mengatakan upahnya murah bukanlah merujuk kek. Tidak hanya itu, penjual kek itu juga memarahi rider itu dan mengeluarkan kata-kata bersifat ‘racist’.

Justeru itu, rata-rata netizen juga dilihat bersatu mahu meminta maklumat rider tersebut kerana berasa kasihan terpaksa membayar ganti rugi yang dilihat sepatutnya tidak terjadi kerana kesalahan bukan seratus peratus berpunca daripadanya.

Malah, para netizen juga menegaskan antara faktor kek itu hancur kerana packaging yang tidak sesuai dan juga menggunakan rider sedangkan boleh menggunakan pilihan penghantar barang yang gunakan kereta. Ketika ini, ciapan penjual kek itu telah dipadam selepas menerima kritikan hebat netizen.