Sudah menjadi tanggungjawab buat pelanggan dan pekedai hormat-menghormati dan saling berbudi bahasa. Pekedai yang menjalankan servis dengan baik serta penuh sopan pastinya lebih berpeluang untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian pengguna X @azmaneffendie di mana beliau mendakwa telah menerima layanan yang biadap daripada seorang pekedai warung ikan bakar di Kuala Perlis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/azmaneffendie/status/1701784930693574913?s=46

Menurut perkongsian cerita, wanita bernama Farah ini memaklumkan pada mulanya mereka hadir ke kedai di Kuala Perlis ini untuk membuat tempahan makanan yang mahu dipesan.

Situasi secara tiba-tiba menjadi panas apabila terdapat rakan wanita ini mahu menukar tempahan yang sekaligus membuat pekedai berang sekaligus mengadu kepada pekerja kedai tersebut.

“Hang layan sat depa ni, banyak tanya sangat” ulas pekedai ini kepada pekerjanya.

Difahamkan pekedai ini turut melayan pelanggan-pelanggan lain dengan cara yang dikatakan sangat biadap.

https://twitter.com/azmaneffendie/status/1701834856655929694

Situasi yang dilihat Farah bersama rakan-rakannya membuatkan beliau terpanggil untuk menegur pekedai ini secara baik sewaktu membuat bayaran makanan berharga RM8.

“Lain kali layan customer elok-elok na” tegur wanita ini secara baik.

Teguran yang dibuat wanita ini sekaligus telah membuat pekedai ini menjadi lebih berang dan mengamuk yang sekaligus telah mendapat perhatian orang ramai sekeliling. Farah walau bagaimanapun memaklumkan beliau seterusnya ke meja makan.

Tidak lama selepas itu, pekedai ini dengan mimik muka penuh rasa marah tampil ke meja makan mereka lalu mencampak duit berjumlah RM8 kepada Farah.

“Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang

Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi, hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam” luah pekedai ini dengan penuh rasa marah.

https://twitter.com/azmaneffendie/status/1701852056452206977

Lebih mengejutkan, Farah turut memaklumkan pekedai ini seolah mahu membaling selipar ke arah beliau hanya disebabkan teguran yang dibuat. Pekedai ini turut memaklumkan sedia menularkan insiden melibatkan beliau serta Farah. 

Sebelum pulang, pekedai ini menjelaskan hanya Farah selaku wanita yang menegur beliau dikecualikan bayaran manakala rakan-rakannya masih perlu membayar makanan seperti biasa.

Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang nyata terkejut dengan layanan yang dibuat pekedai ini. Malah, ramai yang turut mempertikaikan bahasa pekedai ini yang dikatakan sangat biadap.

Sementara itu, terdapat seorang lagi netizen memaklumkan kedai ini turut menerima review yang rendah menerusi semakan di laman Google yang sekaligus menjawab servis di kedai ini.

https://twitter.com/farahherr_/status/1701919925894566222

Menerusi kemas kini terbaru, difahamkan salah seorang daripada wakil Kak Ema Ikan Bakar di Kuala Perlis ini tampil memohon wanita ini memadamkan video tersebut serta memaklumkan untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

Wanita ini turut memaklumkan perkongsian video beliau di TikTok telah dipadam platform berkenaan atas faktor harassment and bullying.