Kecoh sejak beberapa hari ini apabila tular sebuah kedai makan di Kuala Perlis di mana pekedai ini telah mencampak duit pelanggan hanya kerana ditegur mengenai adab oleh seorang pelanggan.

Tindakan kasar pekedai yang mencampak wang serta memberi amaran kepada pelanggan agar tidak mahu dicederakan sekaligus telah mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya tidak menyokong tindakan pekedai berkenaan.

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi TikTok @redzamasari, individu ini telah memuat naik penjelasan daripada wakil Eta Ikan Bakar Kuala Perlis mengenai insiden yang berlaku.

https://www.tiktok.com/@redzamasari/video/7278608249518132498?q=penjelasan%20kak%20eta%20ikan%20bakar&t=1694760629303

Menerusi perkongsian, difahamkan wakil Eta Ikan Bakar yang merupakan anak sulung Kak Eta memaklumkan situasi berlaku apabila kedai sedang menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Sewaktu pelanggan yang tular tersebut membuat bayaran secara QR, ibunya sedang sibuk melakukan beberapa tugas lain dan dikatakan turut mengesahkan bayaran yang dibuat.

Difahamkan teguran yang dibuat pelanggan berkenaan adab dibuat dengan nada yang tinggi yang sekaligus menjadi punca pergaduhan berlaku.

Walau bagaimanapun, wakil Eta Ikan Bakar ini tampil memohon maaf atas apa yang berlaku serta mengakui turut berlaku kesilapan daripada pihak mereka sendiri.

Perkongsian ringkas yang dibuat oleh wakil Eta Ikan Bakar ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen yang memaklumkan cerita yang dikongsikan pihak pekedai mempunyai perbezaan dengan kisah pelanggan.

Sumber: TikTok @redzamasari
Sumber: TikTok @redzamasari
Sumber: TikTok @redzamasari

Tidak kurang juga yang memaklumkan selain mempunyai masalah melibatkan layanan yang baik, kedai ini turut menjadi perhatian kerana menyediakan mangkuk yang berkerak buat hidangan para pelanggan.