Sudah menjadi tanggungjawab buat pembeli kenderaan yang mendapatkan kenderaan secara pinjaman atau pembiayaan melunaskan bayaran ansuran bulanan seperti yang dipersetujui.
Kegagalan untuk melunaskan bayaran ansuran dalam tempoh yang panjang bakal membuatkan sesebuah kenderaan bakal ditarik.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Dalam pada itu, seorang penunggang p-hailing meluahkan kekecewaan dengan cara yang luas biasa apabila memilih untuk merosakkan motosikal miliknya gara-gara tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.
@hakimzol45 Ni ape kes ni? Tngk comment #foryou #fypシ #foodpanda
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian berlaku jam 3.10 petang pada 11 September lalu disebabkan pemilik tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.
Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.
“Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari yang sama di Balai Polis Brickfields,” katanya dalam kenyataan hari ini.