Slavko Vincic, pengadil yang mengendalikan perlawanan akhir Piala Dunia baru-baru ini, telah mengumumkan persaraannya. Keputusan ini disahkan melalui kenyataan rasmi
Persatuan Bola Sepak Slovenia, hanya seminggu selepas kejohanan berprestij di Amerika Syarikat itu berakhir.
Melalui kenyataan tersebut, pengadil yang berusia 46 tahun itu secara rasminya melabuhkan tirai karier bersejarahnya ketika berada di kemuncak kerjaya dalam sukan bola sepak dunia.
Keberanian di Final: Kad Merah untuk Argentina

Perlawanan akhir Piala Dunia tersebut menyaksikan Sepanyol berjaya menewaskan Argentina 1-0 melalui masa tambahan. Semasa perlawanan berlangsung, Vincic menerima beberapa kritikan kerana dilihat seolah-olah membiarkan corak permainan fizikal yang agak keras daripada pasukan Argentina.
Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah ketegasan dan keberanian luar biasa yang dipamerkan oleh beliau. Vincic berani mengambil keputusan besar dengan melayangkan kad merah kepada pemain tengah Argentina dan kelab Chelsea, Enzo Fernandez, pada masa kecederaan minit ke-90.
Keputusan berani ini membuktikan bahawa beliau sama sekali tidak gentar untuk menghukum pasukan gergasi di pentas terbesar dunia. Perlawanan itu kemudiannya disusuli dengan kekecohan selepas wisel penamat melibatkan pergaduhan pemain seperti Leandro Paredes dan Gavi, yang kini sedang disiasat oleh FIFA.
Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa

Walaupun perlawanan akhir tersebut dicemari dengan sedikit kontroversi, kualiti pengadilan Vincic secara keseluruhannya tetap diakui. Beliau telah dinobatkan sebagai pengadil terbaik Piala Dunia oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) serta Persatuan Pengadil Itali (AIA) yang menganugerahkan Anugerah Giulio Campanati kepadanya.
Beliau yang juga merupakan ahli kumpulan pengadil elit UEFA sejak 2019, pernah mengendalikan perlawanan penting seperti di Euro 2020 dan aksi separuh akhir pada kejohanan tahun 2024. Secara keseluruhan, beliau telah mengadili empat perlawanan pada Piala Dunia kali ini.
Ini termasuk tindakannya membuang padang pemain pertahanan Ecuador, Piero Hincapie, kerana melanggar peraturan baharu kejohanan dengan menutup mulut ketika bercakap sesama pemain.
Kecemerlangan di Pentas Kelab
Kecemerlangan Vincic tidak hanya terhad di pentas antarabangsa, malah beliau turut mempunyai profil yang sangat hebat di peringkat kelab.
Beliau merupakan pengadil yang mengendalikan final Liga Juara-Juara Eropah 2024, di mana Real Madrid memenangi gelaran ke-15 mereka selepas menumpaskan Borussia Dortmund. Beliau juga diberi kepercayaan untuk mengadili final Liga Europa 2022 antara Rangers dan Eintracht Frankfurt.
Selain itu, satu lagi pencapaian unik beliau adalah pada tahun 2025, apabila beliau melakar sejarah menjadi pengadil luar negara pertama yang mengadili perlawanan tegang Liga Super Turki.
Perlawanan antara Galatasaray dan skuad bimbingan Jose Mourinho, Fenerbahce itu dikendalikan olehnya atas permintaan khas daripada kedua-dua buah kelab.
Ramai netizen yang menyimpulkan beliau sebagai lagenda dan mempunyai ‘telur’ kerana berani melayangkan kad merah kepada gergasi Argentian pada perlawanan final Piala Dunia.
Oleh itu, mereka menyimpulkan persaraan beliau dipandang hormat dan bermaruah.
The only referee who had the balls to give a red to Argentina player
He knew he was cooked after this, FIFA would ban him, so he retired gracefully.
Legend. https://t.co/iJMnRdpBe3 pic.twitter.com/WqmQHwqJn2
— fan (@NoodleHairCR7) July 27, 2026