Pada akhir bulan lalu tular berita 40 hingga 50 peratus beras putih import (BPI) daripada 5,000 sampel yang dianalisis oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengesahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan tindakan itu berlaku sejak tahun 1970-an lagi selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), bukannya baru berlaku ketika pentadbiran kerajaan sekarang, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- MARDI Sahkan 50 Peratus Beras Import Sebenarnya Bercampur Beras Tempatan
- Ini Sebab Kilang Beras Bumiputera Terbesar di Perlis Bakal ‘Bungkus’ Selepas 57 Tahun
- ‘Selagi Ada Kartel, Isu Beras Padi Tidak Akan Selesai’ – Sanusi
Hasil dapatan itu diperoleh hasil kajian dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas industri padi dan beras sejak awal 2024.
MyCC juga merumuskan tujuan campuran ini adalah memenuhi cita rasa pengguna tempatan serta untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
“Hasil kajian berkenaan sudah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) Bilangan 2 2024 pada 17 Disember 2024.
“Susulan Mesyuarat JKKMN dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Disember 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarahkan supaya memperhalusi kaedah dan mekanisme terbaik untuk mengawal percampuran berat putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) melalui perundangan.
“Serta merangka simulasi cadangan penetapan harga yang bersesuaian bagi kategori beras campuran secara komprehensif sebelum dikemukakan bagi pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar), yang mahu tahu ke mana perginya beras tempatan untuk rakyat sedangkan keluasan sawah negara adalah lebih 644,854 hektar dan mengeluarkan lebih daripada 2.4 juta tan metrik padi semusim.
Tambahnya lagi, mekanisme bagi mengawal campuran turut mendapat sokongan MyCC sebagai kaedah penyelesaian masalah bekalan beras.
Terdahulu, 5,000 sampel yang dianalisis pihak MARDI hasil penggunaan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang 2023 dan 2024.
Analisis ini dibuat bagi mengenal pasti isu kehilangan BPT di pasaran selaras penubuhan Petugas Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan pada 2023.
Malah, campuran beras dipercayai berlaku di peringkat pengilang dengan petani menanam padi menggunakan benih tempatan.
Mohd Shahril berkata, campuran BPI dan BPT dipercayai berlaku apabila dijual kepada pengilang.