Pada hari semalam Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mendedahkan kekurangan bekalan beras putih tempatan berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video yang menyebarkan berita palsu bahawa bekalan beras jenis itu bakal kehabisan.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menjadi ‘penyorok beras’ di negara ini akan diheret ke mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Harian Metro, beliau sudah memberikan arahan kepada Menteri KPKM supaya memastikan pihak penguatkuasaan kementerian memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan kepada pesalah.

“Memang beras ini dikeluhkan rakyat, harga beras di Indonesia pun Presiden Jokowi beritahu sudah dinaikkan kerana 18 negara yang selalu membekalkan beras ini telah halang, henti atau kurangkan eksport beras mereka, jadi di sini ada isu permintaan dan penawaran.

“Kemudian ada pula pihak yang sorok, simpan beras ini, kalau ada yang berani buat perangai buruk ini di saat orang susah nak dapatkan bekalan beras, kamu jaga, kami akan cari dan saman dan bawa kamu (penyorok beras) ke mahkamah,” katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan isu beras namun pada masa sama mengakui ia memerlukan sedikit masa.

“Kita cuba, tapi apakah boleh selesai 100 peratus? Tidak, beras ini isu, masalah berat, jadi saya kata beri seminggu tengok keadaan dia, kalau tak selesai lagi, kita bincang semula sebelum pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini.

Sebab itu kita usaha, untuk beras kita tambah subsidi itu sejumlah hampir RM400 juta untuk beberapa bulan ini sahaja, (isu beras) bukan Semenanjung sahaja termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Anwar juga berkata kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.

Terdahulu, Mohamad Sabu menjelaskan semakin hari keadaan mulai pulih dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek.

Manakala bagi bagi pelan jangka masa panjang pula, kerajaan sekarang sedang berusaha untuk merealisasikan tuaian hasil padi selama lima musim untuk tempoh dua tahun, menerusi kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Sumber