Sejak beberapa minggu ini isu bekalan beras menjadi bualan orang ramai. Tidak kisah sama ada bekalan beras tempatan mahupun beras import.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapati kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran negara berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video yang menyebarkan berita palsu bahawa bekalan beras jenis itu bakal kehabisan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, kementerian juga mengesan trend pengguna yang terpaksa beralih daripada membeli beras putih import (BPI) kepada BPT, ekoran berlaku kenaikan harga mendadak disebabkan tindakan India menghentikan eksport bahan mentah itu.

Memetik Berita Harian, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata situasi berkenaan mendorong pengguna menyerbu pasar raya mahupun kedai runcit untuk membeli BPT lebih banyak daripada biasa.

Tidak kurang pengguna yang kebiasaannya membeli BPI yang sebelum ini dijual pada harga RM32 hingga RM34 bagi setiap kilogram (kg) kerana menganggap harga itu berpatutan, beliau berkata setelah harga ‘melambung’ sehingga mencecah RM37 dan RM40 membuatkan kumpulan itu terpaksa menukar ‘cita rasa’ dengan membeli BPT yang harganya lebih murah.

Beliau mengakui keadaan sekarang agak kelam-kabut, namun Mat Sabu menjelaskan semakin hari keadaan mulai pulih dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek.

“Esok (hari ini) kita akan bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kalau sudah bersetuju semuanya, agensi kerajaan seperti hospital, kem tentera, polis dan sebagainya, kita minta mereka membeli beras import.

“Selepas itu, bekalan beras tempatan akan dilambak kembali di pasaran. Kalau tak menjadi juga, saya cari jalan yang lain kerana itu (strategi) jangka pendek,” katanya.

Bagi strategi jangka panjang pula, Mohamad menjelaskan kerajaan sekarang sedang berusaha untuk merealisasikan tuaian hasil padi selama lima musim untuk tempoh dua tahun, menerusi kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Dalam pada itu, beliau berkata projek penanaman padi akan dikembangkan lebih luas di Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan memastikan keterjaminan makanan membabitkan bekalan beras untuk keperluan negara.

Sumber