Anda mungkin kenal dengan lelaki ini. Beliau adalah Jeremy Wade, seorang pengacara dalam rancangan televisyen berjudul River Monsters, iaitu sebuah rancangan tentang haiwan pembunuh yang tinggal dalam air tawar. Dalam video ini, beliau memberanikan diri untuk berenang bersama-sama dengan ratusan ekor Piranha Merah.

Apa yang terjadi? Tiada apa-apa.

Mujurlah beliau selamat.

Ok, sekarang mari kita bercakap tentang ikan piranha. Kita dengar dari jauh bahawa ikan ini berbahaya. Malah pada tahun 2010, sebuah rancangan filem bertajuk “Piranha 3D” dicipta untuk menceritakan bahayanya ikan ini. Walaupun bersaiz kecil, ia sangat berbahaya apabila berada di dalam kawanan. Ikan ini tertarik dengan bunyi air yang berkocak pantas dan bau darah. Apabila ia menyerang, ikan-ikan ini akan mengambil giliran mencarik-carik daging mangsa. Disebabkan kelajuan yang tinggi, kawanan ini mampu meracik-racik daging mangsa sehingga ke tulang dalam masa beberapa minit sahaja.

Jeremy Wade cuba untuk melihat piranha melakukan aksi mereka menggunakan satu bangkai itik. Lihatlah hasilnya sendiri.

Menakutkan, kan?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram