Seorang ahli perniagaan dari Taiwan yang tinggal di Bangkok, Thailand memilih untuk mengambil nyawa anaknya sendiri sebagai pilihan terakhir untuk menyelesaikan pertikaian perniagaan yang berkisar tentang hak perniagaan dalam syarikat.

Oriental Daily dan Bangkok Post melaporkan bahawa ini bukan pergaduhan pertama antara bapa dan anak lelakinya. Pertikaian ini telah berterusan selama bertahun-tahun, dan pasangan itu telah memfailkan lebih daripada 20 tindakan undang-undang sejak itu untuk menyingkirkan satu sama lain daripada syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan bahawa bapanya telah bertindak mengupah seorang pembunuh upahan yang mempunyai rekod prestasi terbaik dalam kerja-kerja mengambil nyawa orang. Dia mengenali pembunuh tersebut daripada salah seorang temannya yang juga seorang tentera.

Kesemua 3 lelaki itu kini telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pembunuhan terancang.

Bapanya yang dikenali sebagai Zhang berusia 68 tahun, menjalankan sebuah syarikat bersama anaknya yang ditubuhkan pada 1999, dan syarikat itu memberi tumpuan kepada peralatan elektronik yang dieksport.

Anak lelaki Zhang bukan satu-satunya sasaran pembunuhan tetapi juga isteri dan peguamnya.

Perancangan bapanya tidak menjadi apabila anak lelakinya difahamkan tahu bahawa dia sering diekori. Jadi dia meminta ibunya pulang ke Taiwan dan melaporkan perkara itu kepada polis. Rancangan pembunuhan itu kemudiannya digagalkan dan suspek utama telah ditahan.