Pihak polis menahan lima individu yang disyaki bergaduh dalam perlawanan bola sepak bawah umur di Bandar Gamuda, Rawang baru-baru ini.
Ketua Polis Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata kejadian berlaku pada jam 8 malam di Padang Gamuda Gardens di Bandar Gamuda membabitkan pemain kelab bola sepak Sungai Buaya FC dan Garage FC.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis berkait kejadian itu. Susulan itu kami menahan lima suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 39 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara pemain ketika perlawanan sedang berlangsung sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan.
Liga bawah umur katanya. Tapi yang bawah umur sedap pelangkung kepala org guna helmet. Yang tua yang muda semua join sekali. Info kata dekat padang Gamuda Gardens. Bolasepak tempatan Malaysia is back! pic.twitter.com/8CeO0d1hIq
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) January 6, 2024
“Kejadian itu juga menyebabkan seorang pemain mengalami luka di hidung dan lebam di bahagian belakang badan, muka dan leher,” tambahnya.
Sebelum ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan pemain dari kedua-dua pasukan bergaduh sehingga ada pihak luar yang campur tangan dan menggunakan senjata seperti helmet untuk memukul pihak lawan.
Kejadian ini nyata mendapat perhatian dari netizen dan ramai yang tidak bersetuju dengan insiden tersebut memandangkan ianya terjadi dalam perlawanan peringkat bawah umur.