Pada minggu lalu tular hantaran Facebook mengenai luahan seorang individu yang sangat kecewa apabila tempahan katering yang ditempah oleh adiknya untuk majlis perkahwinan tidak tiba pada hari sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita yang mengendali katering itu dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid, 39, yang beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Wanita berkenaan dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Maklumat berkaitannya boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Terdahulu, susulan ditipu pihak katerer, individu itu bersama ahli keluarga lain telah bertungkus lumus untuk masak sempena majlis perkahwinan adiknya.

Ayah kepada pengantin telah meminta maaf kepada semua tetamu yang hadir kerana hanya dapat menghidangkan beberapa lauk sahaja.

Difahamkan pengantin juga sudah membayar RM13,200 kepada katerer bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu selain pelamin dan baju kahwin.

Sumber