Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini nama Datuk Red menjadi bualan warganet susulan keretakan rumah tangga beliau, serta pendedahan status muflis yang ditanggung sejak lima tahun lalu.

Namun ramai memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau untuk terus bangkit semula.

Baca Juga:

Baru-baru ini ibu Neelofa, Datin Noor Kartini telah menjemput Datuk Red untuk membuat sesi live TikTok bersama-sama.

Menurut usahawan itu, beliau berjaya mendapat lebih RM100,000 sepanjang mereka berdua menjual beberapa jenis produk seperti Daging Harimau Menangis, serunding dan minuman teh kesihatan.

“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Dato’ Red semalam. Alhamdulillah sales semalam live dengan Dato’ Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Dato,” petik hantaran Instagram Datin Noor Kartini.

Sementara itu, Datuk Red mengucapkan terima kasih kepada Datin Noor Kartini kerana sudi menampilnya dalam sesi live tersebut. Pada masa sama beliau turut meminta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang live berlangsung.

“Teriam kasih mama. Maaf semalam saya kena gerak cepat. Semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta maaf jika semalam saya ada terkasar bahasa, InshaAllah,” komen Datuk Red.

Sumber Gambar: TikTok @noorkartini66
Sumber Gambar: TikTok @noorkartini66

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, ramai memuji ibu Neelofa kerana sudi membantu dan memberi peluang kepada Datuk Red yang ditimpa kesusahan.

Netizen turut berharap Datuk Red dapat tampil sekali lagi dalam sesi live kerana nampak keserasian dan kegembiraan yang terserlah sepanjang beliau memasak.

Sementara itu, beliau dilaporkan berjaya mendapat RM78,000 hasil jualan biskut Red Velvet baru-baru ini.

Berdasarkan TikTok Shop, biskut itu yang dijual pada harga RM35 sebalang telah terjual melebihi 2,000 balang.

Menurutnya, beliau semakin aktif di platform TikTok kerana itu salah satu usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang yang ditanggungnya.