Dua pemain import yang cukup sinonim dengan kancah bola sepak Malaysia iaitu Bergson Gustavo Silveira da Silva dan Manuel Federico Hidalgo Gasparini dilihat bakal menjadi calon naturalisasi negara.
Kedua-dua pemain JDT (Hidalgo dipinjamkan ke Sri Pahang) itu mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada tahun 2021.
Baca Juga:
- JDT Sah Pinjamkan Manuel Hidalgo Kepada Sri Pahang
- JDT Belasah Selangor, Julang Piala FA Kali Keempat
- Ini Pendapat Tunku Mahkota Ismail Mengenai Aksi JDT Menentang Buriram United
Dengan prestasi baik yang tidak perlu untuk dinafikan lagi dimana Bergson cukup berbisa dihadapan gawang lawan manakala Hidalgo turut memiliki kemampuan baik, dua figura ini mampu memberikan nafas baharu kepada skuad kebangsaan.
Tambahan pula, skuad kebangsaan selepas ini dikhabarkan akan menikmati perubahan baharu dengan tenaga pakar dari luar negara seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Perkara tersebut turut diakui sendiri Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang mengeluarkan pendapat mengenai peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di laman X peribadi milik baginda.
“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai langkah jangka pendek selepas genap 5 tahun di Malaysia, Hidalgo juga untuk jangka panjang, dan dengan pemain lain yang sedia ada.”
“Pemain JDT semua bersedia. Jurulatih dan pengarah sukan baharu itu sedang mengumpul data mengenai pemain Malaysia dalam Liga Super dan mereka di luar negara.”
Seperti dilaporkan sebelum ini, Malaysia telah diundi dalam kumpulan F pada pusingan kelayakan Piala Asia 2027 bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.