Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dilaporkan menjadi pilihan utama untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi sekaligus boleh beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Perkara ini dikongsikan oleh pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang mana penyerang kelahiran Brazil itu boleh digunakan sebagai jalan penyelesaian jangka pendek bagi memastikan Malaysia layak ke temasya Piala Asia 2027.

Baca Juga:
- Bergson, Hidalgo Bakal Perkuat Jentera Serangan Harimau Malaya
- Esteban Solari Tinggalkan Eveton, Bakal Kendalikan Harimau Malaya?
- Tiga Jurulatih Dikaitkan Dengan Malaysia
System/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Be more compact, attack and defend as a unit. Discipline is the key, Insha’Allah boleh. Bergson can be naturalised as a short-term measure after completing 5 years in Malaysia, Hidalgo too for the long-term, and with players… https://t.co/BFT8TmpRqn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 9, 2024
“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai langkah jangka pendek selepas genap 5 tahun di Malaysia, Hidalgo juga untuk jangka panjang, dan dengan pemain lain yang sedia ada.”
“Pemain JDT semua sudah bersedia. Jurulatih dan pengarah sukan baharu itu sedang mengumpul data mengenai pemain Malaysia dalam Liga Super dan mereka di luar negara,” kata Tunku Ismail.
Sebelum ini, Malaysia mempunyai beberapa pemain naturalisasi di bahagian serangan seperti Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula, Sergio Aguero dan Romel Morales.
Sumareh menampilkan prestasi yang baik namun sumbangan beliau terhad dalam tempoh waktu singkat pada 2019 dan selepas itu pemain kelahiran Gambia itu tidak memberikan impak yang besar terhadap pasukan negara.
De Paula kemudiannya menggalas tugas sebagai penggempur utama negara namun kehadiran beliau banyak dihiasi dengan kritikan dari penyokong ekoran gagal untuk menampilkan prestasi terbaik.
Romel menjadi penyerang terbaru yang diberikan kerakyatan dan setakat ini beliau menjaringkan dua gol khususnya jaringan ketika Malaysia mengikat Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan temasya Piala Asia 2023.
Melihat kepada rekod jaringan yang dimiliki Bergson selama beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia, beliau mempunyai peluang untuk menyinar bersama skuad kebangsaan andai dijadikan sebagai pemain naturalisasi.
Bergson membantu JDT memenangi semua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia selain muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada musim 2022.
Pemain berusia 33 Tahun itu turut mencipta gandingan yang baik bersama pemain seperti Arif Aiman yang mana dua pemain ini boleh meningkatkan kualiti jentera serangan pasukan negara.