Pemain sayap dari Argentina, Manuel Hidalgo menolak tawaran dari kelab Indonesia dan lebih memilih untuk kekal bersama Kedah Darul Aman bagi menghadapi baki saingan musim 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana kelab yang dimaksudkan ialah Persib Bandung yang dibimbing oleh Bojan Hodak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sejak dibimbing oleh Bojan, Persib mengincar pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini bagi memperkuatkan pasukan itu.

Baru-baru ini, Persib menandatangani bekas penjaga gol Kuala Lumpur City, Kevin Ray Mendoza dimana penjaga gol Filipina itu diikat dengan kontrak selama 18 bulan.

Seperti yang kita sedia maklum, Kedah berdepan dengan isu tunggakan gaji dan beberapa pasukan cuba untuk mendapatkan pemain skuad Hijau Kuning bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Manuel Hidalgo merupakan salah satu pemain Kedah yang menampilkan prestasi baik setakat ini dan tidak hairan beliau menjadi sasaran beberapa kelab baik dalam dan luar negara.

Meskipun berdepan dengan isu tunggakan gaji, Kedah masih lagi mampu untuk memberi saingan kepada Selangor yang ketika ini menghuni tangga kedua dimana kedua-dua pasukan dibezakan dengan dua mata.

Kedah dan Selangor akan bertemu dalam aksi Liga Super pada 2 Disember ini di Stadium Darul Aman. Perlawanan antara kedua-dua pasukan bakal menjadi penentu pasukan manakah yang akan ke pentas asia musim hadapan.