Bola sepak Malaysia kehilangan seorang lagi lagenda dimana bekas pengendali Kedah Darul Aman dan TRW Kelantan, Azraai Khor Abdullah, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita ini dikongsikan oleh anaknya menerusi pengumuman di laman media sosial Facebook miliknya dimana jurulatih berusia 71 tahun itu meninggal dunia kerana kegagalan jantung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Azraai Khor merupakan salah satu jurulatih terbaik yang pernah mewarnai Liga Malaysia dimana beliau mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan ‘double treble’ berganda musim 2006/07 dan 2007/08.

Selain itu, beliau juga pernah membantu pasukan Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia pada 2011 serta Piala Sumbangsih pada 2012.

Kami di Vocket mengucapkan salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan Allahyarham dan semmoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.