Caprice menyeru mangsa-mangsa dan bekas ahli yang pernah terkena dengan mana-mana sindiket kumpulan ‘ahli jemaah’ tampil berkongsi maklumat.

Menerusi hantaran video terbaharu Caprice, beliau ada membuat satu podcast mendengar sendiri pengalaman bekas ‘ahli jemaah’ yang dieksploitasi oleh ketua mereka.

Baca Juga:

Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi beberapa tangkap layar pengakuan netizen yang pernah menjadi mangsa kumpulan ‘ahli jemaah’.

Menerusi pengakuan pertama, individu ini yang dahulunya hidup senang, kini terpaksa hidup dalam kesusahan selepas semua wang habis digunakan untuk kumpulan ‘ahli jemaah’ terbabit.

Pengakuan kedua pula menceritakan pasangan suami isteri belajar agama daripada seorang rakan si suami. Kemudian dia menyoal berapakah mereka sanggup ‘korbankan’ wang ringgit untuk membayar penebusan dosa mereka.

Sumber Gambar: Instagram @capricedaddycap

Sementara pengakuan ketiga pula mendedahkan ketaksuban ke atas kumpulan ‘ahli jemaah’ telah menyebabkan satu keluarga hilang jutaan ringgit. Kesemua wang itu digunakan untuk membina madrasah di atas tanah sendiri.

Manakala pengakuan keempat pula, pasangan sudah berkeluarga terpaksa mengikut semua arahan Tok Guru sepanjang untuk semua urusan kehidupan. Ini termasuklah, tarikh perkahwinan, lokasi honeymoon, nama anak dan sebagainya perlulah mendapat kelulusan Tok Guru.

Sumber Gambar: Instagram @capricedaddycap

Sehubungan dengan itu, Caprice menyeru mana-mana pihak yang pernah mengikuti aktiviti-aktiviti ahli jemaah untuk tampil memberikan maklumat mengenai eksploitasi yang berlaku.

Ini supaya dapat memudahkan pihak berkuasa membuat tindakan dan membendung daripada orang ramai terkena menjadi mangsa, serta menghapuskan sindiket kumpulan ‘ahli jemaah’ daripada terus berleluasa di negara ini.