Tibanya bulan Ramadan, pasti anda akan melihat ramai selebriti menukar imej kepada imej yang lebih sopan. Terbaharu, pelakon Hollywood terkenal, Jada Pinkett Smith telah memuat naik gambarnya memakai kain batik sarong dan juga berhijab di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian Jada, beliau memakai pakaian tersebut ketika menemani Will Smith berlari pada waktu pagi di negara Timur Tengah. Maka, ini sedikit sebanyak menolak spekulasi yang tular mengatakan Jada telah memeluk Islam.
Perkongsian Jada Pinkett Smith itu mendapat perhatian netizen di seluruh dunia dan rata-rata netizen memuji kecantikan Jade menggayakan hijab bersama kain batik dari Kelantan.
Bukan itu sahaja, para netizen turut memujinya disebabkan mencuba menggayakan pakaian yang menutup aurat walaupun berlainan agama. Apakah pendapat anda selepas melihat Jade memakai hijab dan kain batik tersebut?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket.
Peniaga Jual Makanan Basi, Pelanggan Kecewa Lihat Kuah Berbuih Ketika Berbuka Puasa
Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000