Baru-baru ini, kontroversi yang melibatkan kecurangan Aliff Aziz menjadi bualan ramai apabila kekasih gelapnya membuat banyak pendedahan.

Kontroversi tersebut turut meraih perhatian usahawan kosmetik Dato Seri Vida dimana beliau persoalannya kemana wang yang Aliff dapat menerusi pekerjaannya itu pergi.

Baca Juga:

@datoserividaofficial

Lepas satu dua masalah timbul 🤣 bila nak habis daaaa #datosrivida #quputehbarulahputeh #fyp #aliffaziz

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

“Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi.

“Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi.

“Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke?” ujar Dato Seri Vida.

Dato Seri Vida tertanya-tanya dan mahu tahu ke mana Aliff membelanjakan wangnya itu kerana sering mendapat tawaran kerja dengan bayaran mahal. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tertanya-tanya perkara sama.