Bukan semua orang mampu untuk membeli kereta baharu dan boleh dikatakan segelintir orang memilih untuk membeli kereta secondhand.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @allif.aiman berkongsi rasa tidak puas hatinya apabila dia tertipu ketika membeli kereta terpakai.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Bekas Penjual Kereta Terpakai Bangunkan Jenama Mamee Hingga Dipasarkan Ke 80 Negara
- Bercadang Untuk Dapatkan Kereta Terpakai? Baca 18 Tip Ini Dulu
@allif.aimann Hati hati guys kalau nak beli kereta second #geekbar #geekbarpsg9000 #geekbarxastonmartin #geekbar9000 #vempirearmy @Haziq_a.l @VEMPIRE MALAYSIA @Geekbar Malaysia
Menerusi video tersebut, dia mengatakan bahawa kereta dibelinya itu sebenarnya kereta yang pernah kemalangan. Allif turut menunjukkan cara bagaimana untuk semak bagaimana mengetahui bahawa kereta itu pernah terlibat kemalangan atau tidak.
Tambahnya, silapnya ketika dia membeli kereta itu adalah dia tidak semak dengan teliti di bahagian rangka kereta kerana selepas dilihat secara teliti memang sah kereta dimilikinya itu pernah terlibat kemalangan.
Menurutnya, sebenarnya banyak cara lain untuk mengetahui sama ada kereta pernah terlibat kemalangan atau tidak, ini hanyalah antara cara mudah.
Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut mengatakan jika nak beli kereta secondhand, perlu bawa kawan yang pandai lihat keadaan kereta.
Bukan itu sahaja, para netizen turut pelik bagaimana kereta kemalangan boleh terlepas pemeriksaan puspakom. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan jika harga terlalu murah dari harga pasaran, kena check betul-betul sebelum beli.