Demam lato-lato kini sudah pun ‘merebak’ di negara kita dan boleh dikatakan kanak-kanak serta segelintir orang dewasa terjebak dengan permainan ini. Untuk pengetahuan anda, permainan lato-lato ini popular sekitar tahun 190an dan 1970an di Amerika Syarikat kini kembali jadi fenomena di tahun 2023.

Difahamkan, beberapa negara telah mengharamkan permainan ini kerana ia mengundang bahaya terutama sekali kepada kanak-kanak. Terbaharu, Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim menggesa permainan lato-lato diharamkan penjualannya di pasaran kerana ia mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, permainan berbahaya itu tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana tiada signifikan dan manfaat, serta berbahaya.

“Permainan itu sudah dibawa sampai ke sekolah dan kita bimbang boleh mencederakan mereka. Jadi lebih baik kita mencegah dari awal sebelum ada kes berlaku biarpun setakat ini belum ada laporan sesiapa yang tercedera kerana mainan baru itu,” katanya.

Walaupun Malaysia sudah mempunyai garis panduan bagi permainan kanak-kanak tetapi terdapat banyak permainan dari luar negara yang tidak mengikut garis panduan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada pengguna.