Seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Shaik Amir, memperolehi hadiah sebuah PlayStation 5 (PS5) selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di Maktab Sultan Ismail.

Menerusi perkongsian Siva Gopalakrishnan di Facebook, beliau memberikan hadiah tersebut kepada pelajar berkenaan setelah memperoleh keputusan semua ‘A’ dalam subjek yang diambil.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB @Siva Gopalakrishnan

Tambah beliau lagi, Shaik merupakan seorang yang rendah diri dan rajin. Pelajar itu juga minat dalam bermain permainan video namun tidak mempunyai konsol PS yang diidamkan.

Sementara itu, guru praktikal terbabit dilaporkan turut memberikan dua lagi hadiah kepada pelajarnya, Firman dan Imran yang berupa oil panting dan Nintendo Switch.

Sumber Gambar: FB @Siva Gopalakrishnan

Jelasnya lagi yang menyatakan sedia membuat kelas tuisyen tambahan, kedua-dua mereka merupakan pelajar yang baik dan rajin dalam menimba ilmu.

Difahamkan Firman merupakan seorang pelajar yang kehilangan ayah sejak berumur 5 tahun lagi. Jadi, beliau  memberikan pelajar itu oil painting sebagai kenangan bersama ayah dan umi dia sebab dua minggu sebelum SPM dia mula rindu arwah ayahnya.

Manakala Imran merupakan pelajar yang rajin bertanya dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki markah Addmaths. Walaupun beliau sudah habis praktikal Imran tetap whatsapp dan tanya berkaitan soalan-soalan Addmaths, jika ada sebarang masalah.

Jadi, beliau menghadiahkan Nintendo kepada Imran kerana kesungguhan dalam belajar di samping menghormati guru-guru di sekolah itu. Kami mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang pada SPM 2022 kali ini.