#Gengsubuhmacamjumaat kini sudah menjadi fenomena di seluruh Malaysia. Alif Satar memperkenalkan inisiatif sebagai satu pembakar bakar semangat untuk anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid pada waktu Subuh.

Terkini, timbul sejumlah video di media sosial yang memperlihatkan anak muda mula memenuhi masjid pada waktu Subuh bersama artis tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menariknya, ada pengunjung yang mengatakan bahawa beliau berjaya mengumpulkan seramai 3,000 orang berdaftar untuk solat Subuh di Masjid Umar Al Khattab baru-baru ini.

@bajusuperman8009

#gengsubuhmacamjumaat

♬ камин. – أَرِيـٰنُوسْ .

Selain di lokasi yang dimaklumkan beliau, masjid-masjid di seluruh Malaysia juga sudah mula dipenuhi dengan anak muda yang turut berminat dengan usaha pempengaruh terkenal itu.

Difahamkan beliau juga akan mengunjungi masjid berlainan di sekitar kawasan Kuala Lumpur bagi memeriahkan jemaah di situ.

Susulan itu, orang ramai kini telah memuji akan usaha positif yang dibawakan oleh Alif Satar dalam menarik anak muda bersolat jemaah di masjid atau surau berdekatan pada waktu Subuh lebih-lebih lagi pada tahun baru ini.

Sumber Gambar: @ayucherry
Sumber Gambar: @ayucherry

Dalam pada itu, selepas selesai beribadah, beliau juga ada mengadakan larian bersama anak muda dalam mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang dituntut di dalam agama kita. Ternyata, ramai yang gembira dengan pendekatan yang diambil oleh Alif Satar dalam mengejar akhirat dan juga dunia menerusinya.

Diharapkan anak muda boleh terus beristiqomah dalam melakukan perkara kebaikan ini termasuklah di lokasi masjid atau surau berdekatan rumah masing-masing. Bahkan, anda bakal diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda yang mana jadi bekalan berguna di akhirat kelak.