Badang Indonesia, Rizki Juniansyah mengakui telah mengamalkan ‘ritual’ di mana dia mencuci tangan serta kaki ibunya dan kemudian meminum air basuhan itu sebelum menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

‘Ritual’ itu sering dilakukan oleh atlet angkat berat tersebut sebelum menghadapi pertandingan besar dan perkara itu memberikan kekuatan tersendiri untuknya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya sebelum ikut pertandingan itu biasanya mencuci tangan dan kaki ibu dengan air, lalu airnya saya minum,” kata Rizki dipetik dalam CNN Indonesia. 

Namun, ritual itu hanya sebagai simbolik kepada tindakan beliau untuk memuliakan ibunya. Ibunya, Yeni Rohaeni adalah bekas atlet angkat berat dan turut hadir menyaksikan pertandingan anaknya di Paris.

“Iya betul dia selalu minta doa serta melakukan ritual mencuci kaki saya lalu diminum,” kata Yeni kepada JPNN.com.

Lagu Indonesia Raya berkumandang di bumi Paris buat kali kedua selepas Rizki Juniansyah berjaya memenangi pingat emas sukan angkat berat bagi kategori 73kg.

Rizki berjaya melakukan angkatan 354kg hasil angkatan 155kg bagi ‘snatch’ dan 199kg bagi disiplin ‘clean and jerk’ sekaligus memecahkan rekod Olimpik dan memenangi pingat emas di hadapan badang Thailand dan Bulgaria.

Sebelum itu, Indonesia menerima berita gembira apabila Veddriq Leonardo memenangi acara ‘speed climbing’ dengan menewaskan lawan dari China Wu Peng yang hanya dipisahkan 0.02 saat.

Hanya Indonesia dan Filipina dari negara Asia Tenggara yang mengutip 2 pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 setakat ini.