Busana yang akan dipakai oleh kontinjen Malaysia dalam acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bakal mendapat sentuhan pereka terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin dimana busana yang bakal dipakai akan diperkenalkan kepada orang ramai dalam masa terdekat.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Jenama Rizman Ruzaini menerusi gandingan Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi pereka busana bagi penyanyi terkemuka, Lady Gaga untuk persembahan yang diadakan di Las Vegas.

Sebelum ini, atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik mendapat tajaan dari salah satu pengeluar barangan sukan ternama iaitu Skechers.

Atlet Malaysia kelak akan diberikan sebanyak tiga pasang kasut Skechers dimana salah satu pasang kasut yang diberikan adalah model Supersonic Max yang telah dipakai oleh pada atlet semasa menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara pada Selasa lalu.

Model kedua iaitu USA Garza Garado serta sepasang seorang model Skechers Work Sure Track Warfell untuk disarungkan ketika perarakan masuk Kontinjen Malaysia pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik.

Pemberian tiga model kasut ini hadir susulan Skechers menjalinkan kerjasama dan berkolaborasi dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Hasil kerjasama ini, Skechers diangkat menjadi Kasut Rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Kali Ke-33 Paris 2024.

Dimaklumkan jumlah keseluruhan penajaan kasut-kasut oleh Skechers tersebut kepada Kontinjen Malaysia adalah bernilai RM194,290 – berdasarkan harga runcit.

MOM mengumumkan memberikan penghormatan kepada penerjun muda lelaki, Bertrand Rhodict Lises serta atlet pelayaran wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif untuk membawa Jalur Gemilang ketika Kontinjen Malaysia berarak masuk pada pada upacara pembukaan itu nanti.