Pada Januari lalu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan beberapa penduduk flat di Wangsa Maju untuk membuka struktur pintu gril besi kerana mengganggu laluan awam.
Bagaimanapun arahan tersebut tidak dipatuhi. Sebaliknya penduduk flat terbabit memberi alasan struktur gril besi dipasang kerana pernah ada kes pecah masuk dan mengintai.
Baca Juga:
- ‘Bukan Pasang Suka-Suka’ – Penghuni Flat Berkeras Enggan Cabut Gril Besi
- DBKL Arah Cabut Pintu Gril Besi Halang Laluan Kawasan Flat
Selepas dua bulan berkeras, akhirnya DBKL telah mencabut struktur gril besi pada tengah hari semalam dalam satu operasi bersepadu.
Menerusi hantaran Facebook DBKL, operasi itu melibatkan beberapa jabatan lain seperti Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME), Jabatan Kawalan Bangunan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju serta pasukan Polis Diraja Malaysia.
Tindakan Bersepadu Memotong Geriji Penghalang Di Laluan Koridor Awam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.#KLBandarUntukSemua#bandarmampanbandarsejahtera#TegasSetia #malaysiamadani pic.twitter.com/5YmovEroEH
— Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@DBKL2u) March 4, 2024
“Operasi khas dijalankan setelah pemilik kediaman gagal mematuhi Notis Penguatkuasaan yang telah dikeluarkan pada 10 Januari 2024 untuk pemilik membuka sendiri struktur besi yang dibina.
“Menerusi tindakan penguatkuasaan ini, DBKL telah merobohkan struktur besi yang di pasang tanpa kelulusan dan membuat halangan laluan koridor awam dibawah kesalahan Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL.
Sementara sisa-sisa struktur besi yang dicabut telah dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan.
Netizen menyambut baik tindakan yang dibuat oleh DBKL itu dan meminta agar tindakan sama dibuat pada beberapa kawasan flat yang lain.
“Operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat dari semua yang terlibat. DBKL Akan meneruskan tindakan dilokasi lain selepas ini,” ujar DBKL.