Bila disebut soal rezeki, wang bukanlah satu-satunya rezeki dalam kehidupan ini. Mempunyai para pekerja yang sanggup bersusah-payah membangunkan dan melaksanakan operasi harian syarikat bersama-sama turut sebahagian daripada ‘rezeki’.
Tular satu rakaman video daripada akaun TikTok @sitinur5874 yang berkongsi detik-detik manis di mana seorang pekerja Petronas Pendang, Yusuf yang telah bekerja selama 27 tahun dihadiahkan pakej umrah sebagai tanda penghargaan khidmatnya selama ini.
Baca Juga:
- ‘Pak Cik Shell’ Terus Beri Kerja Selepas Mendengar Kisah Remaja Gelandangan Ini
- ‘Bagusnya Ajar Anak Hormat Orang’ – Ibu Bapa Ini Dipuji Didik Anak Hargai Pemungut Sampah
- Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat
Selain Yusuf, ada sekumpulan pekerja lain juga yang turut menerima hadiah penghargaan daripada pengusaha stesen minyak tersebut.
@sitinur2626 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou
Rata-rata ramai netizen berasa terharu dengan Tuan Yusuf yang setia berkhidmat dengan Petronas Pendang dalam satu tempoh yang sangat lama.
Pada masa sama netizen turut berasa kagum kepada pihak majikan menghargai setiap para pekerja yang memberikan prestasi kerja yang baik sepanjang tahun 2022 ini.
Orang ramai turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan buat majikan stesen minyak tersebut.
Semoga stesen minyak Petronas Pendang dapat terus memperkasa setiap pekerja dan menghargai mereka pada masa akan datang dengan memberikan pelbagai manfaat pekerja.