Ketika ini, pasti ramai sudah merindui suasana dalam kapal terbang untuk ke destinasi pilihan anda. Melihat awan biru semestinya membangkitkan selera anda dan semua makanan akan automatik sedap.
Terbaharu, sebuah kafe di Johor Bahru telah mengetengahkan rekaan seperti dalam kapal terbang. Kafe tersebut hadir dengan kerusi-kerusi seperti dalam penerbangan kelas pertama dan juga tingkap yang perlihatkan ‘awan biru’.
Kafe The Dreamliner Airways ini turut menyajikan pelbagai seleksi jenis makanan dari makanan barat, Jepun, Korea dan juga Malaysia. Kiranya, banyak menu pilihan yang anda boleh cuba di sini.
Malah, pelayan, chef dan juga staff bahagian dapur turut berpakaian uniform seperti krew kabin dan seorang juruterbang. Bukan itu sahaja, sistem pesanan pelanggan juga dibuat ala-ala ‘boarding pass’ sebelum diserahkan kepada pelayan.
Jika anda mahu berkunjung ke sini, kafe ini dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam. Tunggu apa lagi? Jom singgah ke kafe yang berkonsepkan makan dalam kapal terbang ini.
Sementara itu, kami kongsikan kafe-kafe menarik yang mungkin anda berminat untuk singgah. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Bawa Konsep Initial D, Kafe Fujiwara Tofa Di Ipoh Ini Diserbu Peminat
Disangka Nurseri, Kafe Tersembunyi Di Puchong Ini Sesuai Untuk Anda Yang Mahukan Ketenangan