Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur akan menganjurkan At-Taqwa Unity Fund Run 2026 pada 13 Disember 2026 (Ahad).

Program ini dianjurkan sebagai inisiatif menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian yang terbuka kepada penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Mengangkat moto “Satu Langkah, Seribu Kecergasan”, penganjuran ini turut bertujuan menyemai semangat perpaduan, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan peserta serta komuniti setempat.

Melalui penyertaan dalam program ini, masyarakat berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti riadah yang sihat di samping menyokong usaha masjid dalam memperkukuh peranan dan aktivitinya.

At-Taqwa Unity Fund Run 2026 menawarkan dua kategori larian, iaitu 3KM dan 6KM, bagi memberi peluang kepada peserta memilih jarak larian yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Penyertaan ini diharap dapat menarik minat keluarga, golongan belia dan masyarakat setempat untuk bersama-sama menjayakan program.

Sebahagian hasil kutipan daripada yuran penyertaan dan sumbangan yang diterima melalui program ini akan disalurkan bagi menyokong dana operasi, pembangunan serta aktiviti pengimarahan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Berlari Sambil Beramal, At-Taqwa Unity Fund Run 2026 Buka Penyertaan Kepada Orang Ramai
Pengerusi Masjid At-Taqwa, Datuk Mohd Fadzli Yusof

Kategori Larian At-Taqwa Unity Fund Run 2026

1) 3KM – Bermula: 7.45 Pagi, Jangkaan Tamat: 10.00 Pagi
2) 6KM – Bermula: 7.30 Pagi, Jangkaan Tamat: 10.00 Pagi

Pengambilan Race Kit 

Tarikh: 12 Disember 2026 (Sabtu)

Masa: 10.00 Pagi-6.00 Petang

Lokasi: Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Penyertaan: 30 November 2026

Selain aktiviti larian, At-Taqwa Unity Fund Run 2026 turut diserikan dengan pelbagai pengisian kerohanian, kecergasan dan aktiviti komuniti yang terbuka kepada para peserta serta pengunjung.

Antara pengisian utama yang telah dirancang adalah seperti solat subuh berjemaah, Tausiah khas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, sesi zumba dan cabutan bertuah.