Bermula dari taman rumah, kini jenama penjagaan aroma Malaysia iaitu Eartheories setaraf dengan jenama aroma antarabangsa apabila telah meraih pelbagai anugerah atas komitmen teguhnya terhadap kepakaran artisan dalam aromaterapi.

Baru-baru ini, ia telah dinobatkan sebagai ‘2023 Best Aromatherapy for Health and Wellness Products’ oleh Beauty Insider, Finalis 2023 untuk ‘Best New Skin Care Brand of the Year’ oleh Luxury Deluxe Awards, dan ‘2023 Best Pure Essential Oils’ di Natural Health Reader Awards.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pastinya kejayaan yang dikecapi ini bukan mudah dan Fadz Subari adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Eartheories. Untuk pengetahuan anda, jenama aromaterapi ini mula dipasarkan sejak tahun 2020.

Setiap produk yang diperkenalkan dibuat teliti dengan menggunakan bahan-bahan terbaik dari sumber tempatan. Eartheories mengetengahkan bauan konvensional dan unik Malaysia seperti minyak pati grapefruit lemongrass dan kaffir lime yang terlaris.

Perjalanan Eartheories

Menurut Fadz, aromaterapi membantunya melalui proses ‘healing’ ketika dia melalui fasa kemurungan disebabkan kejatuhan bisnesnya sebelum ini.

Oleh itu, dia memilih untuk menjalankan perniagaan aromaterapi kerana yakin dengan produk terbabit dan menjalankan perniagaannya, Eartheories.

Tambahnya, dia ingin memberi nilai baharu kepada herba tempatan dan memupuk rasa sayang kepada diri sendiri dalam lebih ramai orang melalui produk semulajadi yang selamat.

Cabaran awal mengasaskan Eartheories

Eartheories memulakan langkah pertama sewaktu negara dilanda wabak COVID-19 dan fasa lockdown yang dilalui amat kritikal dan mencabar.

Walau bagaimanapun cabaran yang datang bertukar menjadi peluang apabila ramai orang sudah mula sedar tentang kebaikan aromaterapi dan produk semulajadi.

Difahamkan, Eartheories hanya mula mencapai jualan RM1 juta yang pertama pada tahun kedua operasinya.

Keistimewaan Eartheories

Eartheories menanam sebahagian daripada herba ramuan mereka sendiri dan usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak FRIM di ladang organik berkeluasa 1 ekar di Pahang.

Malah, Eartheories juga telah menjalinkan kerjasama dengan Center for Natural Products & Drugs Research (CENAR) di Universiti Malaya.

Di Eartheories, mereka komited memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk kegunaan harian.

Tip untuk anak muda mulakan perniagaan sendiri

“Kalau penat rehat, tapi jangan berhenti. Teruskan usaha kerana setiap orang yang berusaha pasti mendapat hasilnya.” ujar Fadz.

Tambahnya, mulakan dengan langkah kecil tetapi perlu berfikiran jauh. Jika gagal, terimalah dan belajar daripadanya. Malah, anda perlu membina rangkaian dan mencari mentor agar dapat membimbing anda dalam proses memulakan perniagaan.

Perancangan masa depan untuk Eartheories

Fadz mahu Eartheories mewakili Malaysia dalam pertandingan aroma dunia, dan menjadikan Eartheories sebagai jenama global pilihan industri dan individu.

Bukan itu sahaja, ladang tanaman herba juga dijangka akan diperluaskan lagi kepada 20 ekar. Pastinya kisah inspirasi dari Fadz ini akan membuatkan anda lebih yakin mahu memulakan perniagaan.