Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas yang baru sahaja dibuka kepada umum pada 15 Disember lalu telah diarah tutup buat sementara waktu bermula semalam.
Difahamkan, arahan penutupan itu dibuat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas mendapati premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air.
Baca Juga:
- Taman Tema Air Tropika Pertama Malaysia, Splash Mania Bakal Dibuka Januari Ini
- Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik
- Miliki 2 Permainan Diiktiraf Rekod Dunia Guinness, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke ESCAPE Penang
MBSP dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan pertama ke atas taman tema itu dibuat pada 16 Disember lalu sebelum mendapati pemilik tidak mempunyai lesen sekali gus melanggar syarat Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
Malah, pihaknya sudah beberapa kali membuat pemeriksaan bermula pada 16 Disember dengan kali terakhir pada 27 Disember lepas serta satu notis kompaun dikeluarkan ketika pemeriksaan selain meminta pemilik menghentikan perniagaan dalam tempoh tujuh hari.
Namun, pihak pengurusan didapati masih gagal mematuhi arahan tersebut menyebabkan satu tindakan penutupan dibuat kira-kira jam 9.40 pagi semalam. Premis ini akan dibenarkan untuk dibuka semula setelah semua prosedur dipatuhi demi keselamatan & kemaslahatan penduduk Seberang Perai.
Malah, CCC (Certificate of Completion and Compliance) atau dalam bahasa melayu, Sijil Penyiapan dan Pematuhan juga belum diperolehi oleh itu tidak sepatutnya Taman Tema Air ini dibuka kepada umum. Kelulusan CCC bukan hanya terletak kepada kelulusan jabatan dalaman MBSP namun jabatan serta agensi luar juga.
@amanfitri88 tutup pulak dh waterpark bertam..lesen x dak
Terdahulu, tular beberapa rakaman video pengunjung yang tidak puas hati atas tindakan MBSP menutup serta merta taman tema itu kerana mereka sudah membeli tiket. Malah, pengunjung mendakwa tertipu dengan pihak pengurusan taman tema berkenaan kerana beroperasi tanpa lesen sekali gus tidak peduli mengenai keselamatan pengunjung.