Pernahkah anda terfikir di suatu hari nanti bakal terdapat sebuah roket untuk memudahkan anda travel kemana sahaja serata dunia dalam jangka masa kurang daripada satu jam? Elon Musk pada hari ini nampaknya berjaya merealisasikan konsep yang seakan sama melalui Roket BFR keluaran Space X. Tonton video ini untuk melihat bagaimana konsep ini berjaya menjimatkan masa pengguna serta kecanggihan yang tersedia pada Roket BFR.
Dalam pada itu, hasrat Elon Musk ternyata lebih hebat daripada apa yang kita jangkakan. Beliau berharap kemajuan dan teknologi yang tersedia pada syarikatnya iaitu Space X bakal berpeluang untuk membawa penumpang ke Planet Marikh menjelang 2022.