Jurugambar jalanan di KLCC kembali membuat onar dimana kali ini salah seorang dari mereka memaki pelancong.

Menurut video yang viral di media sosial, pelancong dari China menggunakan khidmat salah seorang jurugambar di bangunan ikonik itu.

Baca Juga:

Jurugambar KLCC Maki Pelancong

Apabila selesai, pelancong itu menegaskan beliau hanya mahukan satu gambar dengan bayaran RM5.

Akan tetapi, jurugambar berkenaan berasa marah dan kemudiannya melemparkan kata-kata kasar terhadap pelancong terbabit.

Netizen nyata tidak berpuas hati dengan tindakan jurugambar terbabit yang dianggap telah mencemarkan nama Malaysia.

KLCC

Ini bukan kali pertama jurugambar haram KLCC membuat onar dengan pelancong dari luar negara.

Pelancong Thailand mengalami detik kurang menyenangkan dimana beliau dipaksa membayar harga mahal.

KLCC
Jurugambar haram

Pelancong itu diminta untuk untuk membayar sekitar RM860 untuk 43 keping gambar yang diambil oleh jurugambar haram itu.

Pelancong tersebut nyata kecewa kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan ketika beliau diperas ugut.