Dalam era digital hari ini, mempamerkan kekayaan di media sosial telah menjadi perkara biasa.

Namun ia menjadi masalah apabila sikap penting diri atau ‘biar papa asal bergaya’ akhirnya memakan diri jika tidak dikawal dengan baik.

Baca Juga:

Dalam satu kisah tular di halaman Facebook Suhaimie Pro mengenai seorang lelaki yang mengaku terjerat dengan hutang disebabkan mahu terlihat mewah.

Melalui perkongsiannya, beliau berkata bahawa dia menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu berkongsi mengenai situasinya dan mahu bertemu untuk membincangkan mengenai masalah kewangan yang beliau hadapi.

Semasa pertemuan itu, rakannya dengan sebak memohon pinjaman RM8,500 untuk menampung bayaran tertunggak enam bulan Toyota Alphard – kenderaan mewah yang telah menjadi beban kewangan rakannya.

Di sebalik rayuan tersebut, beliau menolak permintaan itu secara baik, dengan alasan bimbang mengenai tabiat berbelanja rakannya yang boros dan kemungkinan di masa hadapan beliau tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Tidak hanya menolak kosong, beliau turut menawarkan jalan alternatif kepada rakannya seperti menjual aset atau mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan.

Isu ini menjadi lebih besar lagi apabila masalah kewangan rakannya ini diburukkan lagi oleh tabiat berbelanja yang tidak terkawal.

Kesimpulannya, beliau memberi peringatan kepada semua bahawa bahayanya untuk tunduk kepada kehidupan yang berlandaskan materialisme.

Beliau menekankan kepentingan untuk hidup mengikut kemampuan dan membuat pilihan kewangan yang berhemat, daripada menyerah kepada pandangan masyarakat yang akhirnya akan mempertaruhkan kestabilan kewangan.