Sebelum ini dilaporkan ada beberapa influencer didakwa mempromosikan judi dalam talian. Terbaharu, pelakon Idzham Ismail mendedahkan pernah ditawarkan untuk melakukan kerja terbabit dengan bayaran lumayan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Idzham mendedahkan judi dalam talian ini sudah beberapa kali menawarkannya untuk mempromosikan platform mereka.
Baca Juga:
- Lebih Banyak Influencer Promosi Judi Haram Didedahkan
- Komen Anda Akan Dihitung Di Akhirat, Kata Influencer Buat Paid Review Produk Judi
- Akui Buat Paid Review Laman Judi, Influencer Beli Mercedez Cash Ketika Berusia 19 Tahun Ini Dah Kena Cekup?
Tambahnya, jumlah yang ditawarkan cukup banyak yang membuatkannya tergoda tetapi dia menolak untuk menerima kerja itu.
“Saya menolak untuk buat, biarlah tak dapat kaya terus asalkan rezeki halal. Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab. Tak nak menjawab dekat akhirat nanti.” tulisnya.
Malah, dia menegaskan bahawa dia sentiasa berpegang teguh dengan agama serta tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.