Cop parkir merupakan masalah utama bagi penduduk flat yang masih belum selesai sehingga ke hari ini.
Walaupun penguatkuasaan telah dilaksanakan, namun masih ramai penduduk yang tidak mengambil endah — hari ini kon kena sita, esoknya beli kon baharu.
Baca Juga:
- Tinggalkan Nota Dan Letak Barang, Netizen Kongsi Kerenah ‘Cop Parkir’ Tempat Tinggal Masing-Masing
- Terpaksa Mengalah Dan Berundur, Pemandu Wanita Berjaya Halau Perempuan Cop Parkir
- Orang Ramai Sambut Baik Tindakan MPAJ Sita Barangan ‘Penanda Cop Parkir’ Di Kawasan PPR
Seorang wanita berkongsi video di mana ada seorang lelaki menegaskan perbuatan meletakkan kon untuk cop parkir adalah satu perkara normal di kawasan rumah flat.
@queensyilala Di dunia ini tenang aja. Kalau tanya kenapa TAKDE OTAK parking double? Ini jawapannya…. Sbb ada manusia kurang otak sikit kete takde parking kosong tp letak kon 😂 btw, no fon ada ye, tak tarik handbrake, batu ada selit jat tayar. Tp tetap salah KITA YANG SALAH! Tenang…………… biasalah teringin ada parking sendiri macam kondo.
“Kalau kita buat tempat orang, sama saja, sebab kita bayar berpuluh-puluh ribu. ‘Normal’lah rumah flat,” jerit lelaki berjersi kuning.
Menurut wanita itu, perkara tersebut sudah terjadi sejak sekian lama. Daripada generasi terdahulu, diturunkan kepada generasi seterusnya.
Walaupun laporan sudah dibuat beberapa kali, bagaimanapun ia umpama mencurah air ke daun keladi — kon yang diambil, dibeli baharu.
Menjengah ruangan komen, ramai mengutuk perbuatan cop parkir itu. Netizen mendoakan wanita itu dapat pindah ke kawasan yang lebih ‘mesra parkir’.
Pada masa sama netizen meminta agar pihak berkuasa dapat turun padang dan memantau kelompok-kelompok yang yang berdegil masih melakukan kesalahan sama.
Untuk makluman, pada tahun 2018 lalu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian ‘Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang’; penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.