Aston Villa bengang dengan bidaan Arsenal untuk pemain bintang mereka, Ollie Watkins.
Arsenal dilaporkan telah membida Ollie Watkins dengan nikai £60 juta. Mikel Arteta sebelum ini sudah memberitahu bahawa Arsenal memerlukan penyerang, jika mereka ada peluang untuk mendapatkannya.
Ollie Watkins dan keluarganya adalah peminat tegar Arsenal. Beberapa tahun lalu dia pernah menyatakan bahawa impian dalam kariernya adalah untuk menyertai Arsenal.
Dan kini peluang itu tiba kepadanya. Ini apabila penyerang antarabangsa England itu menjadi sasaran utama Mikel Arteta kali ini. Ianya selepas Arsenal kehilangan Gabriel Jesus dan Bukayo Saka.
Namun begitu Aston Villa dilaporkan bengang dengan tindakan Arsenal yang membida pemain itu ketika mereka mempersiapkan diri untuk aksi UCL.
Dan Villa sudah menolak bidaan tersebut. Ini kerana kelab itu dalam proses untuk melepaskan Jhon Duran yang sedia untuk menyertai Al Nassr.
Adalah mustahil untuk Villa kehilangan dua penyerang berbisa mereka dalam satu jendela perpindahan yang sama.
Ollie Watkins terus cemerlang musim ini walaupun kerap berada di bangku simpanan kerana prestasi Duran. Dia masih berjaya mencetak 10 gol dalam EPL musim ini setakat ini.
Bidaan Arsenal kurang memuaskan
Unai Emery menyatakan bahawa dia mahu pemain itu kekal. Pada masa yang sama memberitahu bahawa Aston Villa tidak gembira dengan nilai bidaan Arsenal tawarkan kepada mereka.
Selain itu masa bidaan dihantar juga tidak kena, menurut Unai Emery.
Pengurus itu menambah: “Untuk memeterai perjanjian seperti ini, kami akan menuntut nilai tertentu.”
🚨 Aston Villa are determined to reject new approach from Arsenal for Ollie Watkins.
Unai Emery wants Ollie to stay and Villa didn’t like amount of first bid (£60m), also timing of the leaks ahead of UCL game.#AVFC are focused on Jhon Durán to be sold to Al Nassr now. pic.twitter.com/vnslhIGRlG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 30, 2025
Arsenal kini masih berada di landasan terbaik untuk bersaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara Juara Eropah.
Arteta akui skuadnya kian ‘nipis’ dari segi squad depth. Dan berharap ada ‘bantuan’ dihulurkan untuk membantu mereka pada Januari ini dalam usaha mereka menamatkan kemarau trofi.
Ketika ini Arsenal bergantung kepada Kai Havertz sebagai no.9.