Penduduk Bandar Baru Bangi pasti tidak asing lagi dengan pusat membeli belah berkonsepkan mesra alam di Bangi Gateway. Tempat untuk mendapatkan pakaian yang cantik dan murah serta banyak lokasi kedai makanan yang menarik.
Mudah untuk ke Bangi Gateway ni. Hanya terletak 5 minit selepas keluar tol Bangi. Di sini kami singgah ke Biji Kopi Cafe untuk menikmati masakan yang terdapat di kedai ini.
BACA: Red Wok Restoran, Bangi Hidangkan Makanan Steambot Untuk Seisi Keluarga
Mesti anda merasakan kafe ini sekadar menyediakan kopi semata-mata disebabkan namanya. Namun, selepas anda membaca menu Biji Kopi, pasti anda rambang mata kerana bermacam-macam jenis masakan disediakan untuk pengunjung.
Hiasan dalaman Biji Kopi sangat kemas dan menarik mata memandang. Menggunakan warna pastel biru lembut dan hitam sebagai tema warna kafe membangkitkan mood anda untuk terus berada di dalamnya.
Kerusi dan meja makan yang digunakan adalah seperti kerusi meja kayu sekolah rendah yang makin menjadikan suasana vintage di dalamnya menarik.
Ada ruang di sudut kafe untuk pengunjung berehat untuk membaca buku dan majalah yang disediakan.
BACA: Vocket Makan… Nasi Kandar Melayu Apollo di Seksyen 9, Bangi
Melihat pada menunya, memang banyak pilihan yang nampak menyelerakan. Dari masakan Melayu hingga ke Western.
Signature dish kafe ini ialah Nasi Beriyani Lamb Shank yang dikatakan resepi keluarga pemilik Biji Kopi.
Kami membuat pesanan Set Asam Pedas Pari dan Nasi Goreng Bonda. Set Asam Pedas Pari didatangkan bersama dengan Teh O Ais.
Apabila pesanan sampai, kedua-dua hidangan dihiaskan si atas pinggan putih dengan kemas.
Di dalam kuah asam pedas terdapat 2 ketul bahagian pari, daun kesum dan sayur bendi. Didatangkan juga bersama kerepek emping dan sambal berlada.
Rasa asam pedasnya sedap. Bagi yang tahan pedas pasti suka kerana kami sampai berpeluh makan menghirup kuahnya yang pedas. Ikan parinya juga turut sedap.
Nasi goreng bonda diletakkan di atasnya telur mata kerbau dan didatangkan juga kerepek emping dan sambal berlada.
Rasanya sedap cuma kami mengharapkan sedikit kelainan di dalam masakan ini berbanding dengan tempat lain.
Kepada yang berminat untuk membeli belah di Bangi Gateway, jangan lupa untuk singgah ke Biji Kopi untuk menikmati suasana yang menarik semasa menjamu selera.
Nama gerai : Biji Kopi
Lokasi : Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
BACA: Vocket Makan… Sup Urat Keting Bandar Baru Bangi
BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia